Dashboard | +Follow
Dina Tinggi Lampai
Vitamin Menjamin Cinta Yang Sihat
Thursday, November 22, 2012 | 2:48 PM | 0 comments

Assalamualaikum

Bercerita mengenai Cinta dan Perhubungan, semua orang mencari Mr.Right dan Mrs.Right atau 'Cinta Sejati'... Mungkin ada yang telah menemui cinta masing2, namun tidak tahu menjaga dan memeliharanya dengan baik, kerana memelihara cinta supaya kekal mekar di dalam hati itu tidak semudah membinanya... 

Andai tubuh memerlukan karbohidrat, air, serat, protein dan segala vitamin... Begitu juga dengan cinta, Vitamin Cinta diperlukan bagi mengekalkan kesihatan cinta awak berdua... In Shaa Allah mujarab... (@^_^@)

6 'Vitamin Cinta' yang kamu perlu amalkan adalah:-

 Vitamin Percaya: Percaya itu perlu. Tidak perlu ada syak wasangka, tidak perlu ada curiga dan percaya akan membina cinta. Bagaimana cinta kan terbentuk sihat jika sering ingin disahkan kesahihan cerita? Cinta itu sendiri bukankah lahir berteraskan kepercayaan bahawa si pasangan menyintai kamu? Percayalah!

Vitamin Hormat: Hormatilah semua aspek pasangan kamu. Hormat itu mendengar jika diperlukan telinga, menolong jika pasangan memerlukan bantuan, menerima pasangan seadanya dan jangan sesekali menghina kelemahannya. Sekiranya hormat tidak wujud, cinta yang mekar akan layu akhirnya.

Vitamin Berdikari: Dalam soal cinta tidak ada istilah berdikari kerana cinta memerlukan dua jiwa untuk terbentuk. Cinta yang sihat memerlukan vitamin sokongan yang begitu padu dari si pasangan. Sokongan si jantung hati bernilai tinggi dan ianya perlu untuk memberi perangsang, meredakan perasaan dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari hari ini pada esok harinya.

Vitamin Keikhlasan: Keikhlasan dan kejujuran perlu dalam perhubungan. Perbuatan yang diselindung tentu sekali bukan yang digemari pasangan. Ketidakjujuran membuat si pasangan berahsia dalam hati. 

Vitamin Keadilan: Vitamin cinta keadilan jangan sesekali diabaikan. Bukan bercakap tentang persamaan hak antara lelaki dan perempuan tetapi tentang apa yang patut diletakkan di tempat yang sesuai. Tidak adil jika asyik disogok dengan kata-kata tomahan sedangkan hati si pasangan setia dengan kamu sahaja! Tidak adil jika anda tidak dibenarkan bersosial dengan rakan-rakan dan masa hanya untuk dia seorang.

Vitamin Komunikasi: Vitamin Cinta yang penting ialah komunikasi yang baik. Komunikasi bukan sekadar bercakap tetapi bahasa tubuh juga memainkan peranan yang penting lebih-lebih lagi reaksi muka kamu. Cinta tanpa komunikasi ibarat sebuah cinta yang beku tanpa luahan rasa. Amalkan komunikasi dua hala antara pasangan kamu.

© Original Profile & Official™
 █║▌│█║▌│█║▌│█║▌│█║
ツNurul Majdina Fatini Zuhaツ

Older Post
Jom tgk apa yg ada

♥ Assalamualaikum ♥
Welcome to my blog, thanks for viewing and happy reading to you...
That's all , THANK YOU ♥♥♥
© Original Profile & Official™ █║▌│█║▌│█║▌│█║▌│█║
ツNurul Majdina Fatini Zuhaツ


1 2 3 4

Jom Chatting






What i must get



☑Blackberry
[ ]Naza Forte
[ ]Dr. to be
☑Mr. S
[ ]Wife & mom to be


Credit


★ Template by : Nur Syahirah
★ Navi's by : Wana
★ Cursor by : Lilaa