Dashboard | +Follow
Dina Tinggi Lampai
Vitamin Menjamin Cinta Yang Sihat
Thursday, November 22, 2012 | 2:48 PM | 0 comments

Assalamualaikum

Bercerita mengenai Cinta dan Perhubungan, semua orang mencari Mr.Right dan Mrs.Right atau 'Cinta Sejati'... Mungkin ada yang telah menemui cinta masing2, namun tidak tahu menjaga dan memeliharanya dengan baik, kerana memelihara cinta supaya kekal mekar di dalam hati itu tidak semudah membinanya... 

Andai tubuh memerlukan karbohidrat, air, serat, protein dan segala vitamin... Begitu juga dengan cinta, Vitamin Cinta diperlukan bagi mengekalkan kesihatan cinta awak berdua... In Shaa Allah mujarab... (@^_^@)

6 'Vitamin Cinta' yang kamu perlu amalkan adalah:-

 Vitamin Percaya: Percaya itu perlu. Tidak perlu ada syak wasangka, tidak perlu ada curiga dan percaya akan membina cinta. Bagaimana cinta kan terbentuk sihat jika sering ingin disahkan kesahihan cerita? Cinta itu sendiri bukankah lahir berteraskan kepercayaan bahawa si pasangan menyintai kamu? Percayalah!

Vitamin Hormat: Hormatilah semua aspek pasangan kamu. Hormat itu mendengar jika diperlukan telinga, menolong jika pasangan memerlukan bantuan, menerima pasangan seadanya dan jangan sesekali menghina kelemahannya. Sekiranya hormat tidak wujud, cinta yang mekar akan layu akhirnya.

Vitamin Berdikari: Dalam soal cinta tidak ada istilah berdikari kerana cinta memerlukan dua jiwa untuk terbentuk. Cinta yang sihat memerlukan vitamin sokongan yang begitu padu dari si pasangan. Sokongan si jantung hati bernilai tinggi dan ianya perlu untuk memberi perangsang, meredakan perasaan dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari hari ini pada esok harinya.

Vitamin Keikhlasan: Keikhlasan dan kejujuran perlu dalam perhubungan. Perbuatan yang diselindung tentu sekali bukan yang digemari pasangan. Ketidakjujuran membuat si pasangan berahsia dalam hati. 

Vitamin Keadilan: Vitamin cinta keadilan jangan sesekali diabaikan. Bukan bercakap tentang persamaan hak antara lelaki dan perempuan tetapi tentang apa yang patut diletakkan di tempat yang sesuai. Tidak adil jika asyik disogok dengan kata-kata tomahan sedangkan hati si pasangan setia dengan kamu sahaja! Tidak adil jika anda tidak dibenarkan bersosial dengan rakan-rakan dan masa hanya untuk dia seorang.

Vitamin Komunikasi: Vitamin Cinta yang penting ialah komunikasi yang baik. Komunikasi bukan sekadar bercakap tetapi bahasa tubuh juga memainkan peranan yang penting lebih-lebih lagi reaksi muka kamu. Cinta tanpa komunikasi ibarat sebuah cinta yang beku tanpa luahan rasa. Amalkan komunikasi dua hala antara pasangan kamu.

© Original Profile & Official™
 █║▌│█║▌│█║▌│█║▌│█║
ツNurul Majdina Fatini Zuhaツ
Mengenali & Memahami Lelaki Jujur
| 1:30 PM | 0 comments

Assalamualaikum

Lelaki seringkali diragui oleh Wanita, ini mungkin berpunca daripada kepercayaan yang diberikan oleh wanita tersebut dikhianati oleh Lelaki yang pernah dikenalinya...
Tapi hakikatnya, mencari lelaki yang jujur itu sememangnya sukar... Mungkin 1 dalam 1000... 

Bagaimanakah mengenali lelaki jujur dan baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan...

Fahami dan kenalilah lelaki jujur:

Lelaki jujur tidak suka jika dirinya dicurigai. Tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Mereka juga cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan.

Dia juga tidak punya masa untuk main sembunyi-sembunyi. Sebaliknya berterus-terang dan mahu anda mempercayai kata-katanya. Sekiranya dicurigai dia kecewa dan boleh bertindak. Contohnya seorang suami yang sejujurnya tidak ada skandal di luar tetapi jika isterinya tidak habis2 mencurigai, dia boleh bertindak seperti apa yang dituduh.

★ Dia seorang yang cemerlang dalam apa yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi percayalah lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri, mereka tidak mempunyai masa untuk membina cinta2 palsu.

Dia juga seorang yang kuat pegangan agamanya. Tidak dinafikan lelaki yang kuat beribadah tidak terlepas dari godaan syaitan malah lebih kuat imannya semakin kuat godaan. Namun lelaki ini lebih baik berbanding yang tidak peduli dengan agamanya.

Dia seorang yang mengambil berat tentang keluarganya. Lelaki yang baik pastinya seorang yang amat disenangi seluruh ahli keluarganya. Tumpuannya juga pada kerjaya, keluarga dan Allah. Gabungan ketiga-tiganya menjadikan dia lelaki yang sempurna dan tidak ada masa melakukan hal yang bukan2.

Dia memiliki kelebihan lain seperti pandai berjenaka dan membuatkan rumah-tangga anda meriah dan gembira. Itu sudah cukup!

Dia tidak semestinya pandai memujuk tetapi dia bijak bertoleransi apabila diminta membantu.

Jadi hargailah lelaki jujur yang berada disamping anda. Jangan berfikir yang bukan-bukan. janganlah mengharapkan yang terlalu berlebihan daripada seorang lelaki kerana lelaki tetap lelaki dan Allah telah menjadikan mereka dengan sebegitu dan tidak perlulah dipersoalkan lagi mengenai kejadian mereka. Terimalah lelaki seada dan selayaknya mereka. 

© Original Profile & Official™
 █║▌│█║▌│█║▌│█║▌│█║
ツNurul Majdina Fatini Zuhaツ




Festival Hijab 2012... Jom pergi Nak???
| 11:16 AM | 0 comments

Assalamualaikum

Wokeyh, Cuti2 sekolah ni, awak2 semua takda plan nak jalan mana2 ke??? atau rasa nak jalan tapi tak tau nak pergi mana???.. Kalau duduk rumah je memang bosan tau... Asyik makan, tido, Fb, mkn, tido, Fb... kankankan.. dah agak dah :P ...

Bagi kawan2 muslim & muslimah yg takda idea nak pergi mana tu, Jom kita pergi Festival Hijab 2012 nak tak??? ajak la kawan2, ibu, kakak, adik dan sapa2 je la pergi sekali... Macam2 program bakal diadakan tau...Festival ni diadakan selama tiga hari, bermula dari 23 November  2012 sehingga 25 November 2012... Antara aktiviti yg ada antaranya pertunjukan fesyen, demonstrasi hijab, demonstrasi masakan, talk show, persembahan istimewa artis jemputan dan mcm2 lagi tau...

Selain itu, terdapat juga pelbagai gerai yang akan dibuka untuk para pengunjung... Macam2 produk makan dan pakaian yang akan ditawarkan... Menarik kan!

Tunggu apa lagi??? Cepat2 bagitau kawan2, ibu, adik2, kakak2 dan yg lain2 jom ikut sekali... 



Pergi, jgn tak pergi tau... :)

© Original Profile & Official™ 
█║▌│█║▌│█║▌│█║▌│█║
ツNurul Majdina Fatini Zuhaツ


Kaitan Capital M dengan cuti sekolah
| 10:45 AM | 0 comments

Assalamualaikum 

Hai semua... Cerita pasal Cuti Sekolah.. Cuti sekolah ni sememangnya sinonim dengan Huruf M... nak tau kenapa? sebab nya time cuti sekolah ni, ni lah masanya untuk makin Meningkatkan, Menambahkan, Memalaskan, Menggemukkan, Mencomeykan & Memontelkan badan.... (@-_-@) ... kejenya asyik nak makan, makan, makan je... Mungkin sebab dah takda keje sekolah yg nak kena siapkan, baju yg nak kena basuh, iron, bangun pagi pun lepas solat subuh boleh sambung landing balik, mana badan tak 'Makin Comey'!!!

Berat badan pun dah makin naik ni... haiyoooo, manyak susah hati maaaa... (@>_<@) .. Tapi takpa, bukannya selalu pun kan, setahun sekali je, apa salahnye ye dak? heheee .. Jangan sampai masuk sekolah next year kawan dah tak kenal sudah la... Yang penting, jaga makan tu baik-baik... Time makan, kena makan.. Time tidur, tidur.. Time facebook <--- jgn 24 hours sudah la... 

Yang berat badan tu ok kira ok lagi la, kalau naik boleh turunkan balik... Yang susah hati sangat ni, 'Kemalasan' yang tak turun2 ni haaaa, asyik naik je... Payah betul nak bagi rajin, buku Form 5 tu tunggu masa nak kena vacuum je, habuk dah penuh dah... 2013 SPM... haiyoooo, lagi susah hati ni (@_@)... 

Jadi pandai2 la jaga diri time2 cuti ni ye, Comey tu mmg cute tapi jgn sampai terlebih comey ye... kawan payah nak kenal nanti... heheee.. Ok lah, Selamat Bercuti la pada yg bercuti hujung2 tahun ni... 


Elak-elakkan la jadi gini ye~~~

© Original Profile & Official™
 █║▌│█║▌│█║▌│█║▌│█║
ツNurul Majdina Fatini Zuhaツ
Excited 1st time tulis post dekat blog!
Wednesday, November 21, 2012 | 4:16 AM | 0 comments


Assalamualaikum


Huweeee, detik ini, saat ini, minit ini, jam ini, dan hari ini adalah yg pertama dalam hidup Dina mula menaip dekat blog ni... saje2 isi masa lapang, boring tak tau nak buat apa pukul 3:15 minit pagi ni... dari dok terkelip-kelip mata tak boleh tidur, lebih baik buat benda yg menjalankan minda ni sikit... kankankan.. tak gituuu... lagipun biasa la time cuti sekolah kan, tak remaja la tidur awal2.. heheee (ayat my mom ni)...

Hurmmmm, pagi2 buta mcm ni, tiba2 ada rasa laaa.... (O_o) ... hurmmmm, rasa mcm mengantuk pulak dah... tadi mcm nak berjago sangat.. gatal betul mata ni... Ok,lah... Katil, bantal busyuk, yg tak busyuk semua kata dah kemain rindu nak kena peluk tu.. heheee (merepek pulak tgh2 mlm ni) .. Wokey lah.. Good Nite, Sweet Dream and Sleep Tight semua...  Tata titi tutu.. bye2 ;)

© Original Profile & Official™
█║▌│█║▌│█║▌│█║▌│█║
ツNurul Majdina Fatini Zuhaツ

Jom tgk apa yg ada

♥ Assalamualaikum ♥
Welcome to my blog, thanks for viewing and happy reading to you...
That's all , THANK YOU ♥♥♥
© Original Profile & Official™ █║▌│█║▌│█║▌│█║▌│█║
ツNurul Majdina Fatini Zuhaツ


1 2 3 4

Jom Chatting






What i must get



☑Blackberry
[ ]Naza Forte
[ ]Dr. to be
☑Mr. S
[ ]Wife & mom to be


Credit


★ Template by : Nur Syahirah
★ Navi's by : Wana
★ Cursor by : Lilaa